SEMPURNA IMANNYA

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Seseorang yang hendak berzina,
tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan
seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa
ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak
kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya;
dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan
orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan
merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya."


Riwayat Bukhari dan Muslim
Pengajaran hadis:
i) Orang yang tergamak melakukan perbuatan yang ditegah agama menandakan ketidaksempurnaan iman di jiwanya.


ii) Kebahagiaan hidup adalah bergantung pada pertalian keturunan yang baik, keselamatan akal dan fikiran serta harta benda kerana keturunan yang terpelihara akan menjamin kesejahteraan keluarga dan masyarakat, akal yang sihat membolehkan seseorang itu
membezakan antara yang baik dan buruk, hak dan batil serta keselamatan harta benda itu pula membolehkan segala perancangan dilakukan dengan lancar dan sempurna.

iii) Oleh itu Islam melarang keras daripada melakukan perbuatan zina yang boleh mencemarkan keturunan manusia, minum arak atau menagih dadah yang boleh merosakkan akal fikiran serta perbuatan mencuri yang menyebabkan kesusahan
orang lain dan sebagainya.

iv) Sesungguhnya kekuatan iman itu dinilai pada sejauh mana seseorang itu dapat membendung hasutan nafsunya serta menjauhi bisikan-bisikan jahat yang menggodanya. Oleh itu amat penting bagi setiap mukmin sentiasa menjaga pergaulannya agar tidak terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat yang berlaku di sekitarnya.

PERINGATAN UNTUK IMAN

SEKIRANYA kita tidak pernah menjadi imam sembahyang tiba-tiba satu masa kita pergi ke surau untuk berjemaah siap pakai jubah kena beringat surah lazim wajib kena hafal. Para jemaah tengok kita berjubah apa lagi mesti ditolaknya kita jadi imam.
Ketar lutut dibuatnya kalau tidak biasa. Maklumlah biasa sembahyang di saf belakang tapi kali ini di hadapan para jemaah.


Jangan main-main banyak dah peristiwa yang membabitkan kisah imam bidang terjunï ni.


Salah satu peristiwanya yang masih saya ingat sampai sekarang, kawan saya ada bagitau satu kisah imam. Cerita betul bukan rekaan yer. Ceritanya begini, dalam solat maghrib selepas selesai memberi salam di tahhiyyat akhir dan segalanya.


Sedang dia ingin berpaling ke arah jemaah entah kenapa tiba-tiba mikrofon kecil yang dilekatkan di kolar baju jubah yang dipakainya tercabut.


Lalu mikrofon tu jatuh betul-betul dekat dengan bontotnya. Apa lagi tersilap haribulan psttttt..keluar angin. Dia tahan dah tapi keluar jugak. Satu masjid dengar suara kentutnya yang bersuara merdu bab buluh lemang itu.


MasyaAllah cuba bayangkan bagaimana perasaan dia ketika itu. Agaknya seperti jantung yang sudah lama tergantung di dalam dada tiba-tiba jatuh kelepup lalu terburai pacah!


Mana nak sorok muka kat depan jemaah tu. Merah padam muka. Anak dara yg baru di solek tak semerah itu. Hahahaï gelak gelak!


Saya sendiri pun pernah ehmmï nak dengar cerita. Malu la pulak nak cerita. Okey dengan ringkas, saya sebelum ini setakat jadi imam sembahyang bukan perkara yang susah. Yelah sebab dah biasa kan.


Tapi entah mengapa pada suatu ketika saya mengimamkan jemaah sembahyang maghrib. Sembahyang di surau kampung. Suraunya tidak besar sekali berhimpun jemaah sembahyang muat lebih kurang 50 orang .


Orang muda baru belajar boleh jadi imam, lain macam ler rasa perasaan ni. Keluh kesah pun ada bercampur perasaan bangga sedikit. Ehmm riak ler tu. Bukan riak tapi bangga, lain tu jangan silap faham.


Lepas sembahyang siap semua sekali saya pun berjalan keluar surau setelah bersalaman dengan para jemaah yang hadir. Ramai jugak yg menyapa sihat ke saya menjawab Alhamdulillah setakat ni sihat lagi. Jawapan budak sivik. Ringkas dan kemas hehe.


Kemudian saya pakai selipar dan mula berjalan keluar surau. Semasa melangkah dua tiga langkah nak balik ada seorang makcik menyapa saya dari belakang Dan, Dan perasan tak tadi masa sembahyang mahgrib makcik rasa Dan tertinggal baca Al-Fatihah di rakaat pertama.


Sebaik sahaja mendengar apa yg makcik cakap tu kepada saya, ya Allah! terkejut bukan main.


Ye ke Makcik, aduhai terlupa agaknya saya terlalu letih ke camana, sampai tak perasan tadi, jemaah lelaki pun tak de seorang pun yang tegur.


Punyala malu dan rasa bersalah, menyebabkan saya tiba-tiba rasa kurang udara.


Pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Mengapa boleh terlupa baca Al-Fatihah sedangkan ia wajib di baca pada setiap rakaat sembahyang.


Itulah setiap orang muda yang beria-ia menjadi imam kena betul-betul mantop katanya ust Zamri baru boleh jadi imam. Tapi molek juga sebagai pengajaran buat kita dan jadikannya tauladan.