KERANA MALU???


Apabila berbicara tentang malu, teringat pula waktu muda-muda dulu...macam la tua sangat...hehe...itu rahsia...nak tau jumpalah sendiri...ok...dulu masa mak ayah suruh pergi ke rumah jiran hantar sesuatu mulalah rasa berat sangat. Setiap kali disuruh ade je alasan yang diberi...petang sat gi la...jiran takdak rumah la...tak tau rumah jiran kat mana la...tambah-tambah kalau rumah jiran tu ade anak dara, langsung tak pi.....hmm banyak sungguh alasannye...ade lagi...tak perlu la kot nak gi tau semua yer...semuanye adalah kerana malu ke??? Mari sama-sama kita cari jawapan yer...Apa itu malu? Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Lebih kurang begitulah maksudnya malu.

Manakala, maksud malu menurut ulama menyatakan, ”Karena melihat berbagai macam karunia dan melihat keterbatasan diri sendiri, maka di antara keduanya muncul suatu keadaan yang disebut malu. Hakikatnya adalah akhlak yang mendorong untuk meninggalkan keburukan dan mencegah pengabaian dalam memenuhi hak Allah swt.” -dari kitab Madarijus Salikin karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah


Pada hari ini malu sudah semakin mahal nilainya. Ibarat dalam urusan jual beli, barang yang sangat sukar diperolehi semakin melambung tinggi harganya. Malu dalam diri seseorang semakin sukar untuk ditemui. Manusia semakin bebas melakukan apa sahaja yang diingini dan mencalar definisi malu yang disebutkan ulama di atas, hatta melanggar sunnah Nabi saw dalam merealisasikan sifat malu.
“Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya.” (Hr Ahmad -sahih)
Nabi bersabda lagi:
Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda: Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman. (HR. Bukhari dan Muslim)
Juga dari Imran bin Hushain ra, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan. (HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga bersabda: Sesungguhnya di antara perkataan nubuwah pertama yang diketahui manusia adalah: Jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesukamu. (HR. Bukhari)
Bermula dari serendah Iman adalah rasa malu, malu itu sentiasa mendatangkan kebaikan sehinggalah kepada perlian Rasulullah saw yang seharusnya menanamkan rasa bersalah dalam diri untuk mempertahankan sifat malu tersebut.
Justeru itu, usahakan semula segalanya dengan membina rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim-melazimi. Andai terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Buktinya, Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila kau hilang malu lakukanlah segalanya." (Riwayat Abu Daud, no 4799) Maksudnya, apabila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi kerana semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi.
Rasullulah s.a.w sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Uthman datang menemuiya. Kenapa? Ini kerana Sayidina Uthman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sifat sopan santun dan malunya. Begitulah Rasullulah s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya, apatah lagi dengan isteri-isterinya. Dan malu itulah yang menyuburkan cinta dalam hati lalu membungakan perlakuan, belaian dan kata-kata yang menyenangkan.
Wallahualam...


PERLUKAH JODOH DICARI???

Isu jodoh ni adalah dilema bagi hampir semua orang yang waras kerana keinginan mendirikan rumahtangga itu atau pun kerana berkahwin adalah naluri fitrah manusia, tak kira lelaki mahupun perempuan, mak ayah pun selalu cakap soal ni, tambah pulak masih ada anak teruna mereka yang belum bernikah ni.....hehe...tertaip pulak.....biarlah......benda betul.....you know who you are.

Antara pertanyaan- pertanyaan yang sering dilontarkan berkaitan jodoh :

“Benarkah jodoh sudah ditetapkan oleh Allah dan tak boleh diubah?”.
Ada dua pertanyaan dalam soalan di atas...

1. Benarkah jodoh sudah ditetapkan oleh Allah?
Ya, benar. Bahkan, bukan hanya jodoh, malahan segala hal mengenai diri kita sudah ditetapkan/ditakdirkan oleh Allah sejak kita masih lagi berada dalam rahim ibu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud R.A., dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis- amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”.

2. Apakah jodoh (dan segala takdir lain) yang sudah ditetapkan oleh Allah itu boleh diubah?
Ya dan tidak. Takdir itu tidak bisa diubah oleh manusia, tetapi dapat diubah oleh Allah.
Allah SWT berfirman:
"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfuzh)." (surah ar-Ra’du [13]: ayat 39)

Lantas, sekiranya jodoh(dan segala takdir lain) itu hanya boleh diubah oleh Allah, apakah sebaiknya kita hanya perlu menunggu takdir dari Allah saja tanpa perlu berusaha lagi?
Bukanlah begitu. Allah dan Rasul-Nya telah mempersilakan kita untuk berusaha supaya Allah mengubah takdir-Nya (dari yang “buruk” kepada yang “baik”) sebagaimana sering kita lafazkan satu ayat "Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaun itu sendiri mengubahnya"...
Allah SWT berfirman:
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah ar-Ra’du [13]: ayat 11)

Rasulullah SAW juga telah mengajarkan kita doa istikharah(menurut hadits Bukhari, Ahmad, dll), yang isinya mengandungi permohonan mengubah takdir-Nya:
"Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih baik pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka TAKDIRKANLAH dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini, dan 
TAKDIRKANLAH kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya."

Kesimpulannya, supaya Allah mengubah takdirNya (dari yang “buruk” kepada yang “baik”), termasuk dalam hal jodoh, kita perlu berikhtiar dan berdoa...

"Apakah jodoh itu perlu dicari?".
Ya, perlu. (Dalilnya, Surah ar-Ra’du [13]: ayat 11)


Telah digariskan soal mencari jodoh secara islami, sebagaimana yang diusulkan dengan kaedah2 usul fiqh, maka rujuklah dan ikutilah...

CINTA itu perjuangan. Tak wajar sekadar menguis harapan, ia perlu diusahakan, untuk dapatkannya pasti ada cabaran dan mempertahan keharmoniannya pasti penuh dengan rintangan. Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki.
"Maha Suci Rabb yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui..." (Surah Yaasin [36]:ayat 36).

SEMPURNA IMANNYA

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Seseorang yang hendak berzina,
tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan
seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa
ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak
kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya;
dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan
orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan
merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya."


Riwayat Bukhari dan Muslim
Pengajaran hadis:
i) Orang yang tergamak melakukan perbuatan yang ditegah agama menandakan ketidaksempurnaan iman di jiwanya.


ii) Kebahagiaan hidup adalah bergantung pada pertalian keturunan yang baik, keselamatan akal dan fikiran serta harta benda kerana keturunan yang terpelihara akan menjamin kesejahteraan keluarga dan masyarakat, akal yang sihat membolehkan seseorang itu
membezakan antara yang baik dan buruk, hak dan batil serta keselamatan harta benda itu pula membolehkan segala perancangan dilakukan dengan lancar dan sempurna.

iii) Oleh itu Islam melarang keras daripada melakukan perbuatan zina yang boleh mencemarkan keturunan manusia, minum arak atau menagih dadah yang boleh merosakkan akal fikiran serta perbuatan mencuri yang menyebabkan kesusahan
orang lain dan sebagainya.

iv) Sesungguhnya kekuatan iman itu dinilai pada sejauh mana seseorang itu dapat membendung hasutan nafsunya serta menjauhi bisikan-bisikan jahat yang menggodanya. Oleh itu amat penting bagi setiap mukmin sentiasa menjaga pergaulannya agar tidak terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat yang berlaku di sekitarnya.

PERINGATAN UNTUK IMAN

SEKIRANYA kita tidak pernah menjadi imam sembahyang tiba-tiba satu masa kita pergi ke surau untuk berjemaah siap pakai jubah kena beringat surah lazim wajib kena hafal. Para jemaah tengok kita berjubah apa lagi mesti ditolaknya kita jadi imam.
Ketar lutut dibuatnya kalau tidak biasa. Maklumlah biasa sembahyang di saf belakang tapi kali ini di hadapan para jemaah.


Jangan main-main banyak dah peristiwa yang membabitkan kisah imam bidang terjunï ni.


Salah satu peristiwanya yang masih saya ingat sampai sekarang, kawan saya ada bagitau satu kisah imam. Cerita betul bukan rekaan yer. Ceritanya begini, dalam solat maghrib selepas selesai memberi salam di tahhiyyat akhir dan segalanya.


Sedang dia ingin berpaling ke arah jemaah entah kenapa tiba-tiba mikrofon kecil yang dilekatkan di kolar baju jubah yang dipakainya tercabut.


Lalu mikrofon tu jatuh betul-betul dekat dengan bontotnya. Apa lagi tersilap haribulan psttttt..keluar angin. Dia tahan dah tapi keluar jugak. Satu masjid dengar suara kentutnya yang bersuara merdu bab buluh lemang itu.


MasyaAllah cuba bayangkan bagaimana perasaan dia ketika itu. Agaknya seperti jantung yang sudah lama tergantung di dalam dada tiba-tiba jatuh kelepup lalu terburai pacah!


Mana nak sorok muka kat depan jemaah tu. Merah padam muka. Anak dara yg baru di solek tak semerah itu. Hahahaï gelak gelak!


Saya sendiri pun pernah ehmmï nak dengar cerita. Malu la pulak nak cerita. Okey dengan ringkas, saya sebelum ini setakat jadi imam sembahyang bukan perkara yang susah. Yelah sebab dah biasa kan.


Tapi entah mengapa pada suatu ketika saya mengimamkan jemaah sembahyang maghrib. Sembahyang di surau kampung. Suraunya tidak besar sekali berhimpun jemaah sembahyang muat lebih kurang 50 orang .


Orang muda baru belajar boleh jadi imam, lain macam ler rasa perasaan ni. Keluh kesah pun ada bercampur perasaan bangga sedikit. Ehmm riak ler tu. Bukan riak tapi bangga, lain tu jangan silap faham.


Lepas sembahyang siap semua sekali saya pun berjalan keluar surau setelah bersalaman dengan para jemaah yang hadir. Ramai jugak yg menyapa sihat ke saya menjawab Alhamdulillah setakat ni sihat lagi. Jawapan budak sivik. Ringkas dan kemas hehe.


Kemudian saya pakai selipar dan mula berjalan keluar surau. Semasa melangkah dua tiga langkah nak balik ada seorang makcik menyapa saya dari belakang Dan, Dan perasan tak tadi masa sembahyang mahgrib makcik rasa Dan tertinggal baca Al-Fatihah di rakaat pertama.


Sebaik sahaja mendengar apa yg makcik cakap tu kepada saya, ya Allah! terkejut bukan main.


Ye ke Makcik, aduhai terlupa agaknya saya terlalu letih ke camana, sampai tak perasan tadi, jemaah lelaki pun tak de seorang pun yang tegur.


Punyala malu dan rasa bersalah, menyebabkan saya tiba-tiba rasa kurang udara.


Pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Mengapa boleh terlupa baca Al-Fatihah sedangkan ia wajib di baca pada setiap rakaat sembahyang.


Itulah setiap orang muda yang beria-ia menjadi imam kena betul-betul mantop katanya ust Zamri baru boleh jadi imam. Tapi molek juga sebagai pengajaran buat kita dan jadikannya tauladan.

NIKMAT ITU HANYA DATANG SEKALI, BERSYUKURLAH



Maka ada sebuah kisah buat iqtibar kita semua.
Ada sepasang suami-isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai-ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.
Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:
Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari, dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.
Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Allahu Akhbar, syukran, mereka ucapkan. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah dating mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu. Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.
Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.
Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali. “Mama, abang minta maaf. Abang tak akan ulang lagi.” Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.
Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak-goyakkan kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.
Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang. Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.
“Abang. mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling, kesabaran dan membakar renting ladang hemahnya. Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar. Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku. Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.
Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah bertaburan di jalanraya, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, sejuk, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat sangat “ibu, ibu, ibu…ibu….” Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.
“Ya Allah. tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.
“Ya Allah. aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini. Ya Allah selamatkanlah anakku ini.”
Air matanya bercucuran dengan deras menitis di pipi, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.
Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya. “Mama maafkan abang.” Ungkapannya sukar, tersekat-sekat kerana kesakitan itu.
“Mama. Abang janji tak akan buat lagi.” Ulangi si anak itu perlahan dan tersekat-sekat.
Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.
Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya. Jantungnya berdengup kencang bagaikan kuda berlari.
“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik,
aku sedar akan kesalahanku.”

“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini.”
Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada Tuhan yang satu. Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.
“Puan, maafkan….Kami telah cuba melakukan yang terbaik.” Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah. “Anak puan. Telah meninggal dunia.”
Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk
menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.
“Anak. Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini.”
Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali. Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan. Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini.”
“Ibu rindu kepadamu. Ibu rindu kepada nakalmu. Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”
Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila. Dia telah pergi mengadap Illahi buat selama-lamanya.
Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

CIRI - CIRI LELAKI SOLEH

Ciri-ciri Lelaki Soleh Seperti yang dimaksudkan 

di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.


1.    Sentiasa taat kepada Allah S.W.T 
dan Rasul-Nya.
2 .   Jihad fisabilillah adalah matlamat 
hidupnya.
3    Mati syahid ada cita - cita hidup 
yang tertinggi.
4.   Sabar dalam menghadapi ujian dan 
cabaran daripada Allah S.W.T.
5.    Ikhlas dalam beramal.
6.    Kampung akhirat menjadi tujuan 
utama hidupnya.
7.    Sangat takut kepada ujian Allah dan 
ancamannya.
8.    Selalu memohon ampun atas segala 
dosa-dosanya.
9.    Zuhud dengan dunia tetapi tidak 
meninggalkannya.
10.   Solat malam menjadi kebiasaan.
11.   Tawakkal penuh kepada Allah dan 
tidak mengeluh kecuali kepada Allah     
semata-mata.
12.    Selalu berinfak sama ada ketika 
dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13.    Menerapkan nilai kasih sayang 
sesama mukmin dan ukhwah antara 
mereka.
14.    Sangat kuat amar makruf dan nahi 
mungkarnya, iaitu mengajak ke arah 
kebaikkan, dan mencegah kemungkaran.
15.    Sangat kuat memegang amanah, 
janji dan rahsia.
16.    Seorang pemaaf dan berlapang 
dada dalam menghadapi kejahilan 
manusia, sentiasa saling mengingati 
antara sesama saudara dan tawadduk 
kepada Allah S.W.T.
17.    Memberi kasih sayang kepada 
keluarga.


Selain ciri-ciri tersebut, orang-orang 

yang soleh juga adalah insan yang 
sentiasa mendapat ujian dan cubaan 
daripada Allah selepas para nabi dan 
orang-orang mulia. Mereka bersedia 
menghadapi segala ujian daripada 
Allah dengan hati yang tabah dan 
tetap teguh beriman dan memiliki 
pendirian yang teguh. Mereka tidak 
mudah menyerah kalah dengan segala 
dugaan dan cabaran yang datang 
kepada mereka.

AL-QURAN DAN SUNNAH KUNCI PEMBINAAN AKHLAK



DARIPADA ‘Amru bin al-’Ash, Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: “Tidakkah engkau ketahui bahawa Islam itu meruntuhkan apa yang ada sebelumnya, hijrah menghapuskan apa yang ada sebelumnya dan sesungguhnya haji itu menghapuskan apa yang ada sebelumnya?” (Hadis riwayat Muslim)
Pembaharuan dimaksudkan bukan saja terbatas dalam bidang agama tetapi mencakupi semua aliran pemikiran yang pernah diguna pakai umat Muslimin membangun dan memajukan ummah.
Dalam zaman kini, umat Islam daripada semua lapisan dan peringkat umur wajib mengembalikan diri kepada cara hidup yang menjanjikan kekuatan. Segala-galanya bertujuan menebus kembali maruah dan martabat diri.
Kekuatan yang wajib dikembalikan ialah kekuatan iman yang akan melahirkan usaha dan amalan produktif, kemajuan dan pembangunan kukuh. Segala-galanya bertunjangkan kepada nilai akhlak tinggi berdasarkan al-Quran dan al-sunnah yang didatangkan untuk meninggikan pencapaian akhlak.
Malangnya masih wujud sebilangan besar masyarakat mengambil unsur negatif daripada kehidupan zaman jahiliah yang bertentangan dengan agama dan kemanusiaan sebagai jalan pintas menjalani kehidupan diinginkan.
Inilah antara penyakit sedang menjalar dan menular pantas dalam nadi masyarakat Islam hari ini menyebabkan keruntuhan Islam. Oleh itu, pembaharuan sikap dan pemikiran perlu bagi membolehkan umat Islam mencapai kemajuan serta kecemerlangan membina kehidupan lebih baik seterusnya mendapat keredaan Allah SWT.