Apabila berbicara tentang malu, teringat pula waktu muda-muda dulu...macam la tua sangat...hehe...itu rahsia...nak tau jumpalah sendiri...ok...dulu masa mak ayah suruh pergi ke rumah jiran hantar sesuatu mulalah rasa berat sangat. Setiap kali disuruh ade je alasan yang diberi...petang sat gi la...jiran takdak rumah la...tak tau rumah jiran kat mana la...tambah-tambah kalau rumah jiran tu ade anak dara, langsung tak pi.....hmm banyak sungguh alasannye...ade lagi...tak perlu la kot nak gi tau semua yer...semuanye adalah kerana malu ke??? Mari sama-sama kita cari jawapan yer...Apa itu malu? Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Lebih kurang begitulah maksudnya malu.
Manakala, maksud malu menurut ulama menyatakan, ”Karena melihat berbagai macam karunia dan melihat keterbatasan diri sendiri, maka di antara keduanya muncul suatu keadaan yang disebut malu. Hakikatnya adalah akhlak yang mendorong untuk meninggalkan keburukan dan mencegah pengabaian dalam memenuhi hak Allah swt.” -dari kitab Madarijus Salikin karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah
Pada hari ini malu sudah semakin mahal nilainya. Ibarat dalam urusan jual beli, barang yang sangat sukar diperolehi semakin melambung tinggi harganya. Malu dalam diri seseorang semakin sukar untuk ditemui. Manusia semakin bebas melakukan apa sahaja yang diingini dan mencalar definisi malu yang disebutkan ulama di atas, hatta melanggar sunnah Nabi saw dalam merealisasikan sifat malu.
“Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya.” (Hr Ahmad -sahih)
Nabi bersabda lagi:
Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda: Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman. (HR. Bukhari dan Muslim)
Juga dari Imran bin Hushain ra, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan. (HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga bersabda: Sesungguhnya di antara perkataan nubuwah pertama yang diketahui manusia adalah: Jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesukamu. (HR. Bukhari)
Bermula dari serendah Iman adalah rasa malu, malu itu sentiasa mendatangkan kebaikan sehinggalah kepada perlian Rasulullah saw yang seharusnya menanamkan rasa bersalah dalam diri untuk mempertahankan sifat malu tersebut.
Justeru itu, usahakan semula segalanya dengan membina rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim-melazimi. Andai terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Buktinya, Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila kau hilang malu lakukanlah segalanya." (Riwayat Abu Daud, no 4799) Maksudnya, apabila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi kerana semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi.
Rasullulah s.a.w sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Uthman datang menemuiya. Kenapa? Ini kerana Sayidina Uthman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sifat sopan santun dan malunya. Begitulah Rasullulah s.a.w. dengan sahabat-sahabatnya, apatah lagi dengan isteri-isterinya. Dan malu itulah yang menyuburkan cinta dalam hati lalu membungakan perlakuan, belaian dan kata-kata yang menyenangkan.
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment