WANITA YANG MULAKAN



IKAT PERTUNANGAN…tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya.
ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.
 Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran. 
Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.
Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.
Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.
Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.
Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.
Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.
Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?
Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.
Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.
Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.
Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.
Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.
“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.
“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.
“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.
“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.
“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.
Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.
Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.
“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.
“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.
“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.
Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.
“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.
“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.
“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.
“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.
Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.
“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.
“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.
“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.
Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.
“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.
“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.
“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.
Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.
“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

CERAMAH BERTAJUK "MIDDLE EAST UPRISING!"

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama FORUM (Forum Penyelarasan
Umat Pulau Pinang), PSI (Persatuan Staf Islam) dan AQSA AS-SYARIF akan mengadakan program ceramah bertajuk
"Middle East Uprising!" yang akan disampaikan oleh Dr. Azzam Tamimi, Institute of Islamic Thought (London).
Butiran program adalah seperti berikut:

                    Tarikh    :    03 Mei 2011 (Selasa)
                    Masa      :    10.00 - 11.30 pagi
                    Tempat  :    Dewan Kuliah A, USM

Sehubungan dengan itu, Pusat Islam ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan bagi menghebahkan program tersebut ke seluruh warga Kampus Induk.



Kerjasama dari pihak tuan/puan amat diharap dan dihargai, saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.



"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

'Memastikan Kelestaran Hari Esok'

MAHAR KEBERKATAN

Apabila jodoh ditemukan dan kedua pihak telah bersetuju untuk dinikahkan maka sebagai syarat yang penting dalam pernikahan ialah pihak lelaki dikehendaki memberi hadiah atau mahar kepada pihak wanita. Ini adalah syarat terpenting untuk membuatkan pernikahan itu sah dari hukum syarak. Allah memerintahkan supaya wanita yang akan dikahwini diberi mahar. Allah menyatakan, “Ya Rasul, sesungguhnya kami telah menghalalkan kamu isteri kamu yang telah kamu berikan kepadanya mahar.”
Di dalam ayat yang lain Allah menyatakan, Dan untuk wanita kamu, berikanlah mereka mahar sebagai hadiah dan jika dia memberi kepada kamu sebahagian dengan kerelaannya, maka makanlah dengan senang hati dan gembira.” Allah mewajibkan mahar sebagai hadiah untuk wanita yang dikahwini. Mahar adalah sebagai tanda cintanya sudah diterima.
Apabila cinta atau kasih yang ditawarkan oleh teruna diterima oleh si dara maka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang memberikannya isteri maka mahar dibayar. Mahar hanyalah tanda, yang penting wanita itu menerima serta membalas cintanya dan bersedia bersamanya mengharungi lautan hidup. Oleh kerana mahar adalah tanda kegembiraan bagi pihak lelaki, maka ianya hendaklah diberi dengan hati yang penuh ikhlas, tulus, suci dan gembira. Ianya tidak patut diberi sebagai satu bebanan dan tekanan bagi pihak lelaki.
Pihak wanita janganlah menganggapnya sebagai satu tuntutan yang patut dibayar oleh pihak lelaki kerana berjaya meminangnya. Pihak wanita tidak patut menganggap mahar sebagai ganti untuk anaknya. Oleh kerana anak wanita kami berpelajaran tinggi, cantik dan mempunyai kedudukan maka bayaran mahar hendaklah tinggi. Mahar dianggap sebagai bayaran atau harga wanita yang dikahwini.
Allah memberitahu mahar adalah hadiah dari pihak lelaki untuk pihak wanita. Mahar hendaklah dibayar oleh pihak lelaki mengikut kemampuannya. Lelaki hendaklah memberinya dengan penuh perasaan kasih dan tanpa tekanan. Pihak wanita tidak patut membuat tuntutan yang membebankan nya. Jika lelaki itu lelaki yang kaya dan berharta maka maharnya adalah mengikut kemampuannya. Jika dia seorang yang berpendapatan rendah maka maharnya mengikut kemampuannya. Tidak ada had atau batas di dalam memberi mahar. Ianya diberi mengikut kemampuan yang memberi. Mahar boleh merupakan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian atau hanyalah sebentuk cincin suasa.
Mahar boleh merupakan segenggam barli atau kurma dan boleh juga sepasang kasut. Seorang wanita dari Bani Fajarah dikahwinkan dengan mahar sepasang kasut. Nabi Muhammad bertanyakan dia, sama ada dia berpuas hati dengan mahar hanya sepasang kasut. Wanita itu menjawab dia berpuas hati. Maka Nabi Muhammad membenarkan lelaki itu mengahwininya.
Dari hadis di atas, jelas menunjukkan mahar adalah hadiah dari pihak lelaki dan pihak wanita pula bersetuju menerimanya. Mahar adalah lambang ikatan yang dibuat antara dua insan. Ia tidak patut diberatkan. Apabila mahar dibayar mengikut kemampuan pihak lelaki maka perkahwinan menjadi mudah untuk semua orang. Melakukannya apabila jodohnya telah ditemui. Penzinaan, maksiat akan berkurangan kerana peluang untuk berkahwin dipermudahkan untuk semua orang.
Apa yang memberatkan anak muda yang mempunyai nafsu yang tinggi untuk berkahwin ialah maharnya yang tinggi. Bagi melepaskan syahwatnya mereka bercinta dan tidur seperti suami isteri tanpa nikah. Apabila mereka berkahwin, wanita itu sudah tidak ada lagi daranya. Inilah yang berlaku dalam masyarakat yang menyusahkan dan memberatkan pernikahan. Penzinaan menjadi perkara biasa. Lelaki muda pergi berkunjung ke sarang pelacuran untuk memuaskan nafsu. Jangkitan penyakit kelamin seperti AIDS akan merebak seperti api. Masyarakat itu menuju kepada kehancuran.
Kenapa mahar dimahalkan. Ini berlaku kerana masyarakat cintakan kebendaan dan kesucian. Mereka mahu nama dan kemegahan daripada taat kepada perintah Allah. Ini terjadi kerana iman lemah dan cinta dunia bersarang dalam hati. Akhirnya masyarakat yang tidak mengamalkan agama pasti akan dihancurkan, oleh amalan mereka sendiri.
Jikalau kita ingin kebaikan dan keberkatan di dalam perkahwinan, maka mudahkan lah ia. Semakin hampir pernikahan itu seperti pernikahan anaknya Nabi Muhammad iaitu Fatimah, maka semakin berkat lah ia. Perkahwinan Ali dan Fatimah dijalankan dengan sederhana sekali. Ali tidak mempunyai apa-apa pun untuk berkahwin. Dia hanya mempunyai sebuah perisai perang yang dijadikan mahar buat Fatimah.

MANFAATKAN DIRIMU DENGAN PER KATA...

TAFSIR AL-QUR'AN PER KATA Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul & Terjemah




                                                              
"Tafsir dengan erti atau makna, kata demi kata merupakan satu pendekatan yang sangat penting dan memberi manfaat. Tafsir ini perlu, supaya umat Islam di Malaysia boleh memahami makna tiap-tiap kata sebelum mereka memiliki pemahaman luas tentang kalimah dan ayat Al-Quran yang panjang. Hasil karya ini memudahkan kita untuk mendalami kandungan tiap-tiap ayat Al-Quran. Tafsir Quran Per Kata ini sungguh sangat menarik, sangat luar biasa dan sangat bermanfaat bagi para pembaca yang ingin mengetahui dan memahami makna tiap-tiap kata dalam Al-Quran."
(Dato' Sheikh Mohd Nor bin Mansor Al Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Merangkap Pengerusi Lajnah Pentashihan Al-Quran Malaysia, Hakim Tilawah Kebangsaan, Yang Di-Pertua Persekutuan Seruan Islam Perak, Mantan Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh Perak)
          
         Untuk MENGETAHUI dengan lebih keterujaan lagi, sila layari link seperti berikut:
                                            
 

INTERNATIONAL SEMINAR...




INTERNATIONAL SEMINAR ON PEACE AND HUMANITARIAN AID FOR GAZA 2011


Date                   :   23/04/2011
Venue                :   Main Hall CAC, IIUM

Time                   :   7.30 am - 6.00 pm
Main Speaker   : - Huseyin Orue (one of IHH foundrs)
                             - Dror Feiler (chairman of EJJP - ex Israeli military)
                             - Col. Ret Ann Wright (former US deputy 
                                ambassador) 


For more detail or registration please visit www.lifeline4gaza.org